PJS7 Bandar Sunway, Selangor, MALAYSIA Email: kerispermata@gmail.com Tel/SMS Hanizah 0176091917 BUY Online 24/7 or View By Appointment 3-7pm
Monday, August 19, 2013
Tanduk. Horn. Harga: M350
Inner Length: 7.5 Inches
Outer Length: 10 Inches
Largest Circumference: 5.5 Inches
Weight: 481.9 gm (17 oz) (inclusive of mount)
Wednesday, August 14, 2013
Cincin Batu Kecubung berCorak 2xKeris Suasa. Harga RM500 (Biasa RM8XX)
(Used) Amethyst GemStone on Ring With Keris on Both Sides
(Terpakai) Cincin Batu Kecubung bercorak Keris Suasa di tepi kanan dan di tepi kiri
(ada kesan calar sikit)
Tuesday, August 6, 2013
Monday, August 5, 2013
CLEARANCE SALE! JUALAN HABIS-HABISAN!
Saya nak lepaskan kesemua barang di blog ini, jadi kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya, Hanizah di 0176091917 dan letak harga offer terbaik anda bagi mana-mana item/barang. Sekian terima kasih.
Wednesday, July 10, 2013
HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA
HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..
Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
Nota:1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
SOALAN:
JAWAPAN:
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."
Rujukan:
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
Thursday, February 28, 2013
Fw: Bengkel Berbusana Melayu, Menyolek Destar dan Ikatan Samping
Bengkel Berbusana Melayu, Menyolek Destar dan Ikatan Samping
Anjuran Komuniti Keriswarisan, Farina Basnee Makeup dgn kerjasama PADAT
Dewan Anggerik, Perpustakaan Muzium Sultan Alam Shah
9 Mac 2013
9 pagi 6 ptg
Yuran : RM 150 seorang
Peserta akan dibekalkan dengan set dasar kain Destar, bengkung dan samping, makan minum disediakan sepanjang bengkel.
Peserta diwajibkan hadir berbusana Melayu.
Peserta akan diberikan kuliah berkenaan tatacara dan adab berbusana Melayu, khusus untuk penggayaan Pengantin, Pentas dan Peribadi disusuli dengan bengkel ikatan dan penggayaan Samping di belah pagi, dan sidang petang pula akan diadakan bengkel menyolek destar.
Untuk mendapatkan tempat untuk bengkel ini, bayaran penuh hendaklah dibuat ke akaun Maybank 514833109810 (Terasmuara) mohon email atau sms ke *Wan Ahmad Fariz ;* . Mohon disertakan dalam email dan juga sms no transaksi, nama penuh, ko kp serta no telefon.
Resit akan dikeluarkan selepas pembayaran penuh dibuat ketika pendaftaran pada tarikh 9 mac nanti. Mohon dibawa sekali resit/print screen sebagai bukti ketika pendaftaran. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 3 mac 2013 sebelum 12 malam. Tempat adalah terhad.
Bersamalah kita menambah ilmu warisan kita untuk kelangsungannya.
Peringatan: Tempat Terhad
Kind Regards,
Site Admins
Wednesday, January 23, 2013
Salam Maulidur Rasul
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone