Thursday, July 7, 2011

Perjuangan pesilat diperlu setiap masa

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Perjuangan pesilat diperlu setiap masa


Najib Tun Razak menganugerahkan darjah tertinggi persilatan kepada Mahaguru Omardin pada sambutan Ulangtahun Ke-50 Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia di PWTC, semalam. Turut kelihatan Abdullah Ahmad Badawi.

KUALA LUMPUR 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan pesilat-pesilat bukan hanya ketika memakai baju persilatan, sebaliknya ia perlu dilakukan pada setiap masa terutama dalam usaha mentransformasikan negara.
Perdana Menteri berkata, seni silat merupakan wahana dan wadah perjuangan yang amat baik dan berkesan untuk membentuk jati diri seterusnya melahirkan modal insan negara yang berjaya.
"Saya mahu anak-anak silat terutama anak-anak Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) bukan sahaja berani berdepan musuh durjana, tetapi menjadi modal insan negara yang berani membuat perubahan.
"Untuk membentuk jati diri dan modal insan negara yang berjaya, ia perlu melalui latihan amali persilatan yang sebaik-baiknya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan PSSLM sempena 50 tahun pertubuhan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Perdana Menteri yang juga Ulul Amri III PSSLM berkata, kerajaan tidak pernah mendidik anak-anak Malaysia termasuk dalam arena persilatan untuk menderhaka kepada negara.
"Kita (kerajaan) tidak pernah mendidik anak-anak negara ini menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara, sebaliknya kita didik dengan baik dan penuh dengan nilai-nilai murni,” katanya.

No comments:

Post a Comment

For Lovers Of Keris Permata

BEAUTIFUL Keris Permata!

For Global Viewing

Gain Awareness & Knowledge

If U Like What U See

U May Purchase To Own It

Email:

kerispermata@gmail.com