Share |

Sunday, November 18, 2012

(by R.a. Huzaifah Adiningrat) Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka @ Perkarangan Istana Kesultanan Melayu Melaka, Jalan Kota, Melaka pada 2 Disember, 2012 (Ahad), 8.30am - 5.30pm

Public event · By R.a. Huzaifah Adiningrat (hp +6 012 682 0460 email princezai@gmail.com), Omar A Rahman and Fadzrul Nieyzam

Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam akan mengadakan satu pertemuan / perhimpunan bagi mengumpulkan aktivis, pengamal, pengkaji dan peminat Busana Tradisi Melayu dan Seni Kependekaran Melayu dari seluruh alam Nusantara. Acara yang julung diadakan ini bakal dijadikan acara tahunan dalam kalendar aktiviti dan pelancongan Negeri Melaka Bersejarah. Peserta dan urusetia perhimpunan akan berhimpun atas semangat MEMARTABATKAN KEMBALI KEGEMILANGAN BUDAYA MELAYU dengan berbusana tradisi penuh seperti zaman kegemilangan tamadun Melayu dahulu kala.

Antara acara menarik yang tersedia :-
1) Persembahan seni silat nusantara
2) Pameran produk berkaitan busana tradisi dan persilatan
3) Persembahan fesyen busana tradisi dan tarian tradisional
3) Studio gambar 'instant' lengkap dgn props dan busana tradisional bagi yang ingin mengabadikan kenangan berbusana
4) Walkabout bebas di zon-zon yang dikhaskan

Program ini juga merupakan lanjutan kepada Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu yang diadakan seminggu sebelumnya (25 Nov 2012) di Kolej Yayasan Melaka dengan kerjasama HIKMAH dan Kerajaan Negeri Melaka melallui Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

MAGMA Melaka diasaskan oleh sekumpulan guru-guru silat dan aktivis persilatan di Negeri Melaka atas semangat untuk memperjuangkan martabat beladiri Malaysia khususnya persilatan dan kebudayaan Melayu.

TARIKH : 2 Disember, 2012 (Ahad), 8.30am - 5.30pm

LOKASI : Perkarangan Istana Kesultanan Melayu Melaka, Jalan Kota, Melaka.

GOOGLE MAP : http://goo.gl/maps/hYqFr

YURAN PENYERTAAN : PERCUMA

SYARAT PENYERTAAN :

1) Terbuka kepada semua individu, pertubuhan dan jabatan yang
mencintai warisan sejarah dan kebudayaan Bangsa Melayu Islam.

2) Peserta digalakkan berbusana tradisional Melayu lengkap sebagai lambang jatidiri KEMELAYUAN


ATURCARA PROGRAM :-

8.30 pagi : Pendaftaran peserta
( Perkarangan Istana Kesultanan Melaka)

9.00 pagi : Upacara Perasmian
- Persembahan silat pembukaan gelanggang
- Ucapan aluan oleh MAGMA Melaka
- Ucapan perasmian oleh ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka

10:00 pagi : Persembahan dimulakan
- Persembahan silat diiringi gendang silat
(Lokasi : Perkarangan Istana Kesultanan Melayu Melaka)
- Aktiviti peragaan busana dan fotografi
(Lokasi : Sekitar spot yang ditentukan)
- Aktiviti gerai pameran
(Lokasi : Perkarangan Istana Kesultanan Melayu Melaka)

1.00 petang : Makan tengahari dan solat Zohor

2.00petang : Aktiviti persembahan silat & peragaan busana diteruskan

3.45 petang : Majlis Perasmian

4.00petang : Ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka

4.15 petang : Ucapan aluan dari pihak MAGMA Melaka dan PERZIM

4.30 petang : Ucapan perasmian oleh YAB Ketua Menteri Melaka

4.45 petang : Gimik perasmian :
- Persembahan khas
- Penyerahan persalinan khas (tanjak) kepada
YAB Ketua Menteri Melaka
- Penyerahan resolusi Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu

5.00 petang : Penyampaian Cenderamata & Sijil penyertaan kepada wakil pertubuhan

5.15 petang : Sidang Akhbar

5.30 petang : Minum petang & Bersurai

6.00 petang : Mesyuarat Agong Pertama MAGMA Melaka
(Dewan PERZIM)

7.00 petang : Penangguhan

Pertubuhan yang mengesahkan kehadiran akan diberikan sijil penyertaan khas buat semua ahli pertubuhan. Anda boleh mengesahkan penyertaan dengan meninggalkan komen di Wall atau email ke princezai@gmail.com atau sms ke +6 012 682 0460 maklumat Nama Pertubuhan, Alamat, Jumlah Peserta.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Sekretariat MAGMA Melaka :-

1) R.A. Huzaifah, hp +6 012 682 0460 email princezai@gmail.com
2) Omar A. Rahman, hp +6 016 238 7500
3) Mohd Heirman, hp +6 010 789 4012
4) Fadzrul Nizam, hp +6 012 396 7807

No comments:

Post a Comment

For Lovers Of Keris Permata

BEAUTIFUL Keris Permata!

For Global Viewing

Gain Awareness & Knowledge

If U Like What U See

U May Purchase To Own It

Email:

kerispermata@gmail.com