Share |

Sunday, July 10, 2011

Buku: Semangat Keris Melayu


Tajuk : Semangat Keris Melayu: Menjawab Persoalan Ada Apa Dengan Keris?

Source: http://jualanpelbagaibukudanitem.blogspot.com/2011/04/semangat-keris-melayu-rm-80.html
Penulis : Emil Bahari
Penerbit: Utusan Publications
Tahun : 2009

UlasanSemangat Keris Melayu merupakan hasil karya yang cukup penting khususnya bagi generasi muda Melayu untuk mengenali lebih mendalam hal ehwal senjata kebanggaan dan kemegahan anak bangsa itu.

Penulis buku tersebut, Emil Bahari telah berjaya mengkaji pelbagai sudut mengenai keris termasuk pembuatan, jenisnya dan istilah-istilah yang digunakan sekian lama, sejak bermulanya zaman kesultanan Melayu.
Dicetak oleh Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), buku tersebut mendedahkan bagaimana keris dikenali menerusi bilahnya untuk membezakan antara Keris Lurus dengan Keris Berlok yang membawa gambaran perjalanan hidup atau memulakan sesuatu pekerjaan atau projek.

Di dalam buku tersebut menceritakan, bilangan lok keris membawa perlambangan tersendiri mengikut pakar kebudayaan keris Indonesia, Bambang Harsrinuksmo yang terdiri daripada Keris Lurus, Keris Lok Tiga, Keris Lok Lima, Keris Lok Tujuh, Keris Lok Sembilan, Keris Lok 11 dan Keris Lok 13.

Sebagai contoh, Keris Lurus melambangkan keteguhan hati dan kekuatan iman, perlambangan tauhid iaitu kepercayaan terhadap kekuatan Tuhan.

Ia turut menyingkap nama-nama keris Melayu berdasarkan kepada lok yang terdapat seperti Keris Lurus (keris berpukal atau keris sepukal), Keris Berlok (lok tiga hingga 19), Keris Sempena (tiga, lima dan tujuh), Keris Tambang Sari (13), Keris Cerita (sembilan, 11, 13 hingga 15) dan Keris Rantai (17 ke atas).

Menurut buku itu lagi, keris lok lima dipakai oleh seseorang berjawatan panglima, keris lok tujuh digunakan pembesar kanan di istana manakala raja dan kerabat menyarung keris lok sembilan.

Pantang larang keris turut diceritakan di dalam buku tersebut seperti menghunus keris separuh yang ternyata dilarang sama sekali. Keris harus dihunus sepenuhnya atau tidak dihunus langsung.

Simboliknya, pantang melakukan kerja separuh hati atau separuh jalan dan setelah dihunus, keris mesti dimasukkan semula ke dalam sarungnya sebagai simbol ia kembali ke tempat asalnya.

Begitulah keistimewaan keris mengikut buku Semangat Keris Melayu yang menambah koleksi ilmu sebagai rujukan kepada masyarakat masa kini. Sumber : Utusan Malaysia
 
_______________________________________________________





PENULIS Buku Semangat Keris Melayu, Emil Bahari.


ALOR SETAR 26 Feb. - Buku Semangat Keris Melayu merupakan hasil karya yang cukup penting khususnya bagi generasi muda Melayu untuk mengenali lebih mendalam hal ehwal senjata kebanggaan dan kemegahan anak bangsa itu.
Penulis buku tersebut, Emil Bahari telah berjaya mengkaji pelbagai sudut mengenai keris termasuk pembuatan, jenisnya dan istilah-istilah yang digunakan sekian lama, sejak bermulanya zaman kesultanan Melayu.
Dicetak oleh Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), buku tersebut mendedahkan bagaimana keris dikenali menerusi bilahnya untuk membezakan antara Keris Lurus dengan Keris Berlok yang membawa gambaran perjalanan hidup atau memulakan sesuatu pekerjaan atau projek.
Di dalam buku tersebut menceritakan, bilangan lok keris membawa perlambangan tersendiri mengikut pakar kebudayaan keris Indonesia, Bambang Harsrinuksmo yang terdiri daripada Keris Lurus, Keris Lok Tiga, Keris Lok Lima, Keris Lok Tujuh, Keris Lok Sembilan, Keris Lok 11 dan Keris Lok 13.
Sebagai contoh, Keris Lurus melambangkan keteguhan hati dan kekuatan iman, perlambangan tauhid iaitu kepercayaan terhadap kekuatan Tuhan.
Ia turut menyingkap nama-nama keris Melayu berdasarkan kepada lok yang terdapat seperti Keris Lurus (keris berpukal atau keris sepukal), Keris Berlok (lok tiga hingga 19), Keris Sempena (tiga, lima dan tujuh), Keris Tambang Sari (13), Keris Cerita (sembilan, 11, 13 hingga 15) dan Keris Rantai (17 ke atas).
Menurut buku itu lagi, keris lok lima dipakai oleh seseorang berjawatan panglima, keris lok tujuh digunakan pembesar kanan di istana manakala raja dan kerabat menyarung keris lok sembilan.
Pantang larang keris turut diceritakan di dalam buku tersebut seperti menghunus keris separuh yang ternyata dilarang sama sekali. Keris harus dihunus sepenuhnya atau tidak dihunus langsung.
Simboliknya, pantang melakukan kerja separuh hati atau separuh jalan dan setelah dihunus, keris mesti dimasukkan semula ke dalam sarungnya sebagai simbol ia kembali ke tempat asalnya.
Begitulah keistimewaan keris mengikut buku Semangat Keris Melayu yang menambah koleksi ilmu sebagai rujukan kepada masyarakat masa kini.
______________________________________________________
ARKIB : 26/02/2009

Semangat Keris Melayu dilancar





TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun melihat buku Semangat Keris Melayu sambil diperhatikan Mohd. Ali Rustam (kanan) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar, kelmarin.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm
ALOR SETAR 25 Feb. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melancarkan buku berjudul Semangat Keris Melayu di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah di sini.
Buku yang diterbitkan oleh Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan kerjasama Persatuan Kerabat Diraja Kedah itu menyingkap rahsia di sebalik keris yang merupakan warisan bangsa Melayu.
Hasil karya Emil Bahari itu cukup istimewa kerana mengetengahkan peranan dan kepentingan keris dalam masyarakat Melayu dari dahulu sehingga kini.
Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penerbitan buku seumpama itu dapat memupuk minat anak Melayu menghargai dan menyedari tentang kehebatan keris yang sentiasa hidup dalam setiap insan bernama Melayu.
''Keistimewaan keris bukan sekadar senjata ampuh untuk bertikam, malah makna yang terdapat pada keris itu sendiri lebih tinggi bagi orang Melayu untuk menilai siapa dirinya, budaya dan asal usulnya," katanya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu semalam.
Mohd. Ali berkata, dalam dunia serba mencabar orang Melayu perlu terus menilai aspek budaya dan warisan serta mengenang semangat kepahlawanan Melayu agar kekuatan orang Melayu terus kekal menongkah arus zaman.

No comments:

Post a Comment

For Lovers Of Keris Permata

BEAUTIFUL Keris Permata!

For Global Viewing

Gain Awareness & Knowledge

If U Like What U See

U May Purchase To Own It

Email:

kerispermata@gmail.com