• Dewan Auditorium PERZIM, Melaka


    • Sunday, 25 November 2012
      • 08:30 until 17:30
    Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dengan kerjasama Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) akan mengadakan satu wacana ilmu yang dapat mengenengahkan buah fikiran sejumlah pengkaji bebas dan peminat sejarah serta budaya Melayu dan Islam.

    MAGMA Melaka diasaskan oleh sekumpulan guru-guru silat dan aktivis persilatan di Negeri Melaka atas semangat untuk memperjuangkan martabat beladiri Malaysia khususnya persilatan dan kebudayaan Melayu.

    HIKMAH diasaskan oleh penulis bebas Rad
    zi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Beliau memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook.

    TARIKH : 25 November, 2012 (Ahad), 8.30am - 5.30pm

    LOKASI : Dewan Auditorium PERZIM, Muzium Rakyat, Jalan Kota, Melaka

    GPS : +2° 11' 30.26", +102° 14' 56.81"

    YURAN PENYERTAAN : PERCUMA

    SYARAT PENYERTAAN :

    1) Terbuka kepada semua individu, pertubuhan dan jabatan yang
    mencintai warisan sejarah dan kebudayaan Bangsa Melayu Islam.

    2) Peserta digalakkan berbusana tradisional Melayu lengkap sebagai lambang jatidiri KEMELAYUAN


    ATURCARA PROGRAM :

    8.30am : Pendaftaran peserta

    9.00am : Majlis Pembukaan

    9.40am : Pembentangan kertas kerja

    1.15 pm : Makan, solat Zuhur

    2.30pm : Pembentangan kertas kerja

    4.20pm : Solat Asar, rehat

    4.55pm : Sesi bengkel berkumpulan mengikut 10 kategori : -
    1. Perkerisan
    2. Perubatan
    3. Persilatan
    4. Busana tradisional
    5. Kebudayaan/tarian
    6. Seni ukiran/khat
    7. Kitab/buku/sastera
    8. Keagamaan
    9. Keluarga dan salasilah
    10. Ketamadunan dan kerajaan

    5. 30pm : Rumusan dan penutup diikuti acara bebas.


    PEMBENTANGAN YANG DIRANCANG :

    1. Mata wang syariah dan Melayu – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI.

    2. Perlembagaan negara dan cabaran terhadap hak Melayu dan institusi beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara

    3. Tujuh wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail, menyampaikan wasiat atas amanah mantan Raja Kechil Sulong Perak, almarhum Sheikh Raja Ashman ibni Sultan Azlan Shah.

    4. Faktor Sultan kepada bangsa Melayu - Mesej untuk umat Melayu di akhir zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang
    Moderator : Taufiq Tan Sri Khalid Sahan, peguam bela dan peguam cara. Rakan kongsi di Ariffin Shahzad.

    5. Busana tradisional Melayu sebagai lambang jiwa merdeka – Tun Muhammad Farul, Aktivis Busana Tradisi dan Silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu

    6. "KEMEGA - Ketuanan Melayu Sejagat" – Megat Ainuddin Megat Nordin, , pengasas dan guru tua Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu

    7. Ragam hias gunungan mihrab dan mimbar di Alam Melayu – Puan Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris

    8. “Berpetualang ke Aceh” : Satu pengalaman mencari jati diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
    Moderator : Profesor Madya Dr. Zaidi Isa, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia

    9. Keris dan penyatuan Melayu Nusantara – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur

    10. Motif pedang Zulfiqar di Alam Melayu – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

    11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu - Perjalanan Melayu merentas zaman menggamit peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan

    12. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu akhir zaman – Radzi Sapiee, pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”
    Moderator : Puan Rien Nasution, pemilik Nurin Travel, Medan & Banda Aceh.

    13. Perkongsian tentang kebudayaan dan kehidupan semasa orang Melayu di alam Nusantara

    a) Singapura oleh Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein

    b) Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia oleh Tuan Haji Huzrin Hood, Pemangku Adat Bentan.

    c) Aceh, Indonesia oleh wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


    Sekretariat MAGMA Melaka :-

    1) R.A. Huzaifah, hp +6 012 682 0460
    2) Omar A. Rahman, hp +6 016 238 7500